Monday, August 8, 2011

Catatan 7 & 8 Ramadhan (eeee takutnyeee)

Bismillah pembuka kata.

Berbuka dan sahur bersama durian. RM 2.00 sekilo. Mane nak dapat durian murah camtu kalau bukan bulan puasa.

Ahha..kantoi sehari tak post..tak berjaya mencuri masa semalam kerana masa terlalu effisien melakukan kerjanya..ceit! alasan.

Hari ni dengan semalam pengembaraan Ramadhan lebih kurang sama. Cumanya ada satu babak yang aku rasa menarik dan aku rasa korang tak rasa menarik pun. Tapi aku tetap nak teruskan babak perasan menarik yang aku rasa tu.

Semalam masa nak turun tangga, aku ada sapa sorang budak prempuan ni. Darjah 4 rasenye. Namanya dirahsiakan. Aku tanya dia, ''Adik buat apa kat tangga ni?''*time tu tengah tazkirah ringkas, haa kantoi aku tak dengar..haha* Jawab adik tu, ''Saje je kak..tengok budak laki main kat bawah..''. GULP.

Err aku tak tau nak respond ape. Hanya mampu tersenyum...

********************************************************

Ok, aku taknak sentuh pasal budak kecik tu. Tapi mungkin ada pengajaran di sebalik insiden tu. Kita tukar situasi tu kepada orang dewasa. Macam mana dalam rumah Allah, kita masih boleh buat perkara-perkara yang boleh mengundang kemurkaan Allah? Ibaratnya, kita sebagai tetamu, berlaku kurang ajar dengan tuan rumah. Memang makan garfu berulamkan sudu la kita.

Luaskan prospek. Kita menghuni bumi Allah tapi kita buat perkara yang dilarang, tinggal perkara yang disuruh oleh pemilik bumi yang kita tumpang. Memang mantap aqidah ni! =.='.

Masa kecik-kecik waktu mula-mula nak mula puasa, tak minum air paip tak sah.*harapnye waktu besar tak buat dah la ye. aku tak tuduh sape-sape* Tutup pintu rapat-rapat takut mak ayah nampak. Sedangkan ada satu kuasa yang lebih besar sedang memerhati. Tapi tetap berani buat camtu, sebab hati tak dapat merasai kehadiran kuasa Maha Besar itu. Jika, ''alah, waktu tu budak lagi...normal lah tu..'' dijadikan alasan, mengapa waktu kecik lagi, kehadiran hantu kita dapat rasakan begitu yakin? So takde alasan, alah, waktu tu budak lagi...*boleh la aku cakap camni sebab aku dah melepasi zaman tu...kehkeh.

Mungkin satu punca ketara yang aku nampak. Tiada rasa takut kepada Allah. Malah kita lebih takut pada hantu. Bila keluar rumah tengah gelap-gelita seorang diri, apa yang kita bayangkan dulu, hantu atau malaikat di kiri kanan? Bila online sorang-sorang, tengok kiri kanan pukul 2 3 pagi, apa yang terlintas kat kepala dulu, Allah atau hantu? Orang-orang besar bila anak-anak kecil diorang nak masuk dalam bilik gelap sorang-sorang apa yang mereka katakan..''Dik, ade hantu''..instead of  ''Dik, ade Allah''..Terlalu didoktrin dengan hantu. Sedangkan kita ada Allah dan malaikat di kiri kanan.

Kita terlalu disogokkan dengan perkara negatif. Kejadian negatif yang sedikit mengaburi perkara positif yang bertambun-tambun.. Lambakan filem hantu. Sangat bagus untuk membantu masyarakat untuk terus takut pada hantu. Drama-drama yang disiarkan pun lebih menonjolkan cerita-cerita dari sisi negatif. Misalnya, orang kuat agama tapi berjudi. Orang kuat agama tapi mengabaikan family. Orang kuat agama tapi kaki dangdut. Sebagai pengajaran kata pihak produser. Kesannya, masyarakat ade persepsi negatif pada orang-orang beragama.

Berita-berita plak memudahkan lagi tugas untuk menegatifkan minda kita. Misalnya, guru sekolah agama memukul pelajar. Ustaz mengurung dan menggari pelajar. Ustaz didapati merogol. Berita ini memang masyarakat perlu tahu TAPI tak perlu digembar-gemburkan. Sedangkan masih ada berpuluh-puluh ribu ustaz yang berjaya mengasuh pelajar-pelajar menjadi manusia. Tapi dimana pergi berita-berita seumpama ini? Ya, tak dinafikan, di sebalik sisi yang negatif itu ada sudut yang positif. TAPI, kita lihat pada orang yang berjaya. Mereka fokus pada apa yang die NAK. Mereka tidak fokus pada apa yang TAKNAK.

Masuk gear reverse. Pergi semula pada Allah, malaikat kiri kanan dan hantu. Semua sama, perkara ghaib. Bila kita boleh di mind-set kan untuk ingat pada hantu, nape kita tak boleh nak mind set untuk ingat pada malaikat.  Lagi parah tak boleh nak mind set ingat pada Allah. Hantu hanya ada di tempat-tempat tertentu sedangkan Allah ada kat mana-mana. Bila menziarah tanah perkuburan, aku percaya, ada yang terbayang hantu. Patutnya kita makin ingat Allah bile pegi kubur sebab takut nak menghadap Allah kerana kurangnya amal soleh kita. Itu adalah yang sepatutnya berlaku dan aku harap memang itulah yang berlaku.

Tengok apa makna syirik. Syirik tu meletakkan hak Allah kepada selain dari Allah.*bukan skema jawapan SPM. Aku dengar dari Ustaz Syed Noorhisham*

Hak Allah yang dimaksudkan adalah hak untuk ditakuti, hak untuk dicintai, hak sebagai pemberi rezeki, hak untuk ditaati dan pelbagai lagi. Jelas, syirik tu bukan sekadar menyembah berhala, menyembah kubur. Perbuatan syirik mudah didekati dan lebih mudah untuk dijauhi. Syirik moden yang amat ditakuti kerana insyaAllah kesyirikan seperti menyembah kubur, mempercayai tukang tilik, itu memang kita sudah jauhi. Soalnya, bagaimana dengan syirik moden? Adakah kita benar-benar berjaya menjauhi perkara-perkara yang boleh mendataangkan syirik ini?

Kadang-kadang manusia terlalu meletakkan harapan pada boss dalam memberi rezeki. Mana kita letakkan hak Allah sebagai pemberi rezeki?

Ada ketikanya manusia lebih mengutamakan dating dengan kekasih hati. Mana hak Allah untuk dicintai?

Ada waktunya manusia lebih mengutamakan facebook dari solat di awal waktu. Tanpa sedar, manusia memberhalakan internet di dalam hati! Nauzubillah...Mana hak Allah untuk ditaati?

Manusia lebih takut pada sesama manusia kerana ancaman mereka. Mana hak Allah untuk ditakuti?

Firaun amat ditakuti dan dibenci. Dan ini menyebabkan orang makin menjauhinya. Berbeza dengan rasa takut yang kita ada pada Allah. Takut ini makin mendekatkan. Takut ini takut yang meletakkan pengharapan.

Dalam mencari kelembutan insan, kita sebenarnya sedang mencari Yang Maha Lembut.
Dalam mencari keadilan, kita sebenarnya sedang mencari Yang Maha Adil.
Dalam mencari kasih sayang, kita sebenarnya sedang mencari Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Takutilah Allah. Taatilah Allah. Cintailah Allah...InsyaAllah :')



No comments: