Tuesday, August 2, 2011

Catatan 2 Ramadhan.

Bismillah pemula kata.

Aku tak tau nak kire camne. Catatan ini perlu bermula dari mana hingga ke mana aku tak tau. Dalam Islam, hari baru, masuk lepas asar. Jadi, catatan 2 Ramadhan aku mulekan dari malam ke siang. Ala-ala reverse process gitu. Jadi, catatan 2 Ramadhan, bermula dari berbuka, solat terawih malam kedua hingga menjelang Subuhnya dan seterus hari.(ayat pun pening menunjukkan memang aku tak tau nak kire camne)

Juadah berbuka tadi mee kari, karipap, keropok lekor, sira labu.p/s: Rasulullah suke makan labu. diriwayatkan oleh....tak ingat. aku baca dalam buku Syamail Muhammad. labu melayu dgn arab sama ke?

Semua juadah berbuka tu bukan aku yang buat.Obviously! kehkeh. Semua mak aku yang masak. Yela,nanti kan nak blaja jauh,so time ni nak makan air tangan mak(alasan aku yang lapok). No bazar made ok! hehe.

Next, Laporan kehadiran jemaah, alhamdulillah.. Wow! Superb! Dalam hari-hari biasa, kerisauan yang timbul ialah saf yang tak berapa rapat bahu ke bahu. Yang berlegar-legar dalam kepala,"camane la aku nak cakap kat makcik ni kasi bahu rapat sket". Pastu berakhir dengan dilema. Betul salah? haha.

Disebabkan sekarang umat Islam berada dalam bulan luar biasa, aura Masjid Saidina Umar pun luar biasa dari biasa. Nak angkat takbir, bahu, tangan sampai accident-accident ngan orang sebelah. Kerisauan bahu tak melekat tak timbul. Bahu dah macam kena gam. Bila angkat takbir pun boleh accident, hmm camne plak keadaan nak duduk tahiyyat akhir? imagine la sendiri how sempit it could be..Bila dah sempit, kita duduk je dalam keadaan duduk antara dua sujud. Tak perlu la nak bergaduh dan berebut ruang ngan orang sebelah ye. Seperti biasa, tetamu-tetamu Allah yang tetap iaitu makcik-makcik dan  nenek-nenek tu, merekalah golongan yang conquer saf paling depan dan tengah. Jeles meh ngan makcik nenek sekalian. Masing-masing berlumba-lumba. Kita lepak belakang je tengok. Ya tidak?

Ok,sahur. Aku tak boleh tido kot malam tadi. Sebab, rahsia. kuikui. Risau gak terhangguk-hangguk Subuh nanti. Alhamdulillah Allah tolong. Mata segar seperti biasa.hehe. Kehadiran jemaah Subuh, sangat memberansangkan. Sangat sangat. Segala puji hanya bagi Allah...

Tapi Zuhur tadi tak sempat join solat kat masjid. Teman kakak aku mengembara ke gebeng. Syarikat Kaneka Engineering. Tempat baru bakal menerima khidmatnya. Dalam kereta tu, nampak signboard and arrow ke LYNAS! ok, tergamam dengan gumam. Apa yang mampu dibuat selepas tandatangan tak dilayan, hanya berdoa.

Pastu Asar tadi, nampak kelibat budak-budak kecik yang comel. Petang-petang, masjid ni buat tilawah al-Quran. Bacaan oleh mereka yang masih kecik. Kagum aku dengan keberanian diorang. Siap pakai mikrofon. Memang berani kerana benar kanak-kanak ni. Ditemani oleh seorang nenek. Semoga Allah merahmatinya. Pastu ada 2 3 ustaz yang selia.

Lepas tu, aku menyambung tugas membeli bahan-bahan yang tak cukup untuk dimasak. Kalau bawak manual memang power. haha. Tak pasal naik kereta jadi macam naik kuda. Hampir-hampir mati enjin itu aku kerjakan. haha. Terima kasih pada penduduk-penduduk yang tidak mengehon. Sememangnya mereka berhati mulia dan bersabar. Sememangnya Ramadhan berjaya melatih umat Nabi Muhammad bersabar. hehe.

Pastu masa kat kedai tu, ternampak(ke memang saje pandang?) sorang brader Melayu rambut warna kuning. Pastu ditocang. Skali lagi aku kagum. Kagum dengan keberaniannya. Keberaniannya untuk menggayakan rambut seperti itu. Tak ramai orang ada sifat berani camtu.. TAPI, never try this at home ok! Value yang dipelajari ialah sifat keberaniannya yang sangat berani dan memang berani. Bila lagi aku nak berani buat sesuatu yang unik untuk Islam? Sememangnya aku penakut. =.="

Apa kata Ramadhan ni kita berlatih jadi berani sket? Berani memperbanyakkan ibadah. Berani bangun malam. Berani tegur waima senyum sahaja pada sesama Islam. Berani lepak masjid. Berani nasihatkan adik-beradik(wopppsss). Berani bawak kete manual. haha. Semua orang boleh menyeru dan mengajak, soalnya, berapa ramai yang menyahut seruan kita sendiri? Aku bertanya pada diri yang bertanya.

Sebelum Ramadhan, tempoh persediaan dan perancangan untuk menempuh.
Awal Ramadhan, kita warming up and marching.
Pertengahan Ramadhan, lari-lari anak, jogging-jogging.
Akhir Ramadhan, kita pecut !
Habis Ramadhan, this is the new me! InsyaAllah..

Let's be a better slave than ever to Allah ^_^.

Selamat berbuka. hehe.

Wallahu'alam...

Monday, August 1, 2011

Pesta Muda-Mudi Ramadhan Kembali.

Sila anggap penulisan ni ditaip pada 1 Ramadhan walaupun pada hakikatnye tidak.

Alhamdulillah Allah masih mempertemukan aku dgn kekasih hati orang2 soleh solehah..Diorang share kekasih sama-sama? Yeah! Tak ke mengundang jeles kita pada mereka?(bagus,silakan jeles dgn org2 soleh solehah ni *sambil buat muke jeles)

Kekasih mereka datang. Ramadhan datang lagi. Dan alhamdulillah kita masih bernyawa. Tapi, nyawa ke berapa baru Ramadhan nak jadi kekasih hati kita macam mereka? Bila nyawa dipulangkan semula pada yg mencipta, saat itu sudah tiada peluang kedua.

Ada hamba Allah yang lain tak sempat nak mengintai kedatangan Ramadhan 1432 hijrah. Member ayah aku yg juga merangkap as my ex-boss time aku buat part time kat cafe tuttt meninggal semalam (30 Syaaban)..Al-Fatihah buat arwah...

2 minit berlalu..

Now, kembali pada pesta Ramadhan kita. Pesta Ramadhan aku sebenarnye. haha. Apa yang paling best, Ramadhan kali ni aku free..Free from school! Yela, bila sekolah boleh gune alasan tu utk skip ibadah. Penat la, homework banyakla, nak examla, bla bla..alasan tanpa landasan. Dan alasan yang tak lain tak bukan menipu diri sendiri. Dan itu alasan mintak mouse disumbat ke dalam mulutnya. Bila dah free from school, itu juge bermakna, masa kalau nak dibuang tu memang ada banyak. Terpulang untuk kita buang dalam tong atau dalam sinki. Yang pasti aku taknak membuang. haha.

Masa untuk dibuang memang banyak, sebanyak masa untuk diisi.. Adakah masa yang telah dibuang itu dapat dikutip dan dicantumkan untuk dipersembahkan pada Allah nanti? Akal yang waras akan mengatakan tidak.(kalau anda jawab ya boleh dikutip dan dicantum,hati-hati,mungkin ini Ramadhan terakhir anda..hoho). Nak persembahkan kat Allah yang mana? Masa yang gemuk berisi atau masa yg dibuang dan empty? Buatlah pilihan bijak yang dapat dijadikan bekal dan modal untuk menghadap Allah. :).

Ok, abis sudah iklan pengguna bijak.
Sekarang aku nak masuk cerita syok sendiri. Jangan marah abang kakak~

Ini Ramadhan aku yang pertama. Yang pertama selepas aku ermm selepas aku ermm ermm ermm..hehe. Perasaan excited tu macam jd lain macam.(jangan excited yang sia-sia sudeh). Kalau nak cite target Ramadhan kali ni memang sampai Ramadhan taon depan pun tak sempat abis(nak menipu tu agak-agak la saudari). Salah satu target yang TAK menarik nak dikongsi, aku nak catat pengembaraan aku setiap hari dalam bulan mulia ni. InsyaAllah. Benda best-best je la kan..Yang cam sedih-sedih tu perlu ke cite ek? Akan dipertimbangkan walaupun hati mmg dah ada jawapan iaitu tak perlu. haha. Sebab, ada ke orang snap gambar time sedih-sedih? Memang ada, tu untuk yang buat-buat muka comel je. haha. opsss, tak sengaja. Buat apa nak terasa kalau tu bukan kita? ayat cover disitu.

Basically tu salah satu target. Kenapa aku menjadikan tu target? Sebab aku rasa rugi kalau bulan mulia ini berlalu sebagai memori yang nescaya akan dilupakan menjelang 2 tahun Ramadhan akan datang. Nak tanya,ingat lagi tak apa tragedi-tragedi Ramadhan tahun lepas? Bagi mengelakkan itu berlaku, aku dengan tak malu nak cerita kat sini..haha. Target-target lain tu ehem,biar aku dan Allah jela yang tau..ngehehe.Jeles tak aku ada rahsia ngan Allah? Ok,aku tau tak jeles.

Orang kata let's begin with the end in minds. Tapi pelukis kata kata, mari mulakan dengan permulaan. So,

CATATAN 1 Ramadhan.


Bismillahir rohmaanir rohiimm.
Diingatkan sekali lagi,ini catatan syok sendiri. Kalau rasa nak muntah ke ape ke, sila berbuat demikian. Batal puasa tak tau.haaa...

Puasa kali ni first time aku tak dengar pengumuman dalam tv. Seingat aku. Maksud aku dalam tempoh mumayyiz. haha. First time tak dengar pakcik dalam tv kata,"Majlis Raja-raja Melayu mengisytiharkan...." (imagine suara Tan Sri itu please)

Kirenye aku tak tau bila 1 Ramadhan sebenarnya. What a looser!(eh yeke? i don't think so :-P)

Suasana Rumah Allah masa Maghrib sebelum aku tau bila puasa, normal seperti biasa. Makcik-makcik yang normal aku nampak, aku nampak. As usual, ada ceramah sementara menanti Isya'. Orang dekat rumah tengah nervous2 tunggu announcement, boleh aku buat tak tau je.. tak appreciate Ramadhan langsung budak ni!tak senonoh..ishh ishh.Tengah boring-boring dengar ceramah tu(ceramah tu tak boring cuma aku yang memboringkan) aku pusing-pusing kepala tengok makcik dan jemaah lain. Tajuk ceramah tu, "Syurga dan Keampunan Allah"..best. Makin nak dekat Isya', makin ramai jemaah. Aku nak gi amek wudhu' pun risau, takut tempat aku diambil..hehehe..poyo siot mengaku tempat sendiri..Memang aku suka amek wudhu' utk next solat tak kesah la terken*** atau tak..haha. Ini bagi membanteras  penyakit mengantuk dan was-was..hoho. Rugi pape ke kalau amek wudhu' banyak kali? Makcik-makcik lain lepak je guna wudhu' Maghrib untuk Isya'. Sebab mereka handal dan berkeyakinan tinggi. Tu kelebihan mereka.

Disebabkan kehadiran jemaah makin lama makin ramai, yakin lagi confirm, esok puasa. Saf muslimat yang biasenye 2 saf tapi tak penuh sangat, jadi bersaf-saf yang penuh! Alhamdulillah. Subhanallah. Allahuakbar. Perasaan jadi ala-ala sayu gitu..Sayu in terms of gembira.hehe. Masjid Saidina Umar jadi sesak! wihu! Jemaah muslimin plak sampai terkeluar. Fenomena solat Jumaat (pernah join ke?haha).

Permulaan Ramadhan yang baik aku kire. I'm proud of Cenderawasih's people. Mesti jemaah kampung sebelah yang solat kat masjid Cenderawasih tak puas hati baca ni..hehec. I'm proud of you too ^_^.

Itu kehappyan untuk malam. Then, sahur. Pastu sekali lagi dan berkali-kali, Segala puji hanya bagi Allah, Maha Suci Allah. Allah Maha Besar. Jemaah Subuh luar biasa ramainye! Luar biasa pada pandangan aku. Saf muslimin banyak siot. Muslimat pun ramai. Ni aku sayang orang Cenderawasih ni. Eh, silap. Ni aku sayang orang yang sama-sama mengimarahkan masjid Cenderawasih ni. Yela, jemaah masjid-masjid lain pun termasuk skali la. Tiada semangat kemasjidan di sini. Haa ni cara berdemonstrasi yang cool! Ramai-ramai kumpul kat masjid.

Dan hanya Allah yang tau, orang yang aku nak sangat dia ada skali berjemaah, turut serta apabila diajak. Inilah aku yang terlalu mengharapkan hasil walaupun hakikatnye Allah menilai usaha. Kalau betul-betul pegang, Allah tak menilai hasil, mesti tak rasa down walaupun ajakan ditolak kan? Aku belum setabah itu..cecewah..

Pastu ada makcik buat touching plak, "Awok nanti tak lama takde da la eh." "Nak wat guane mokcik. September ni nak sambung blaja dah."..huuu~

Mungkin selama ni, inilah fenomena Ramadhan di masjid tergarang di dunia (sebab nama masjid, Saidina Umar. sebab tu tergarang..hehe). Dan aku yakin memang ini fenomena di masjid-masjid lain. Cuma aku je yang tak perasan dan tak ambil tahu.

Jika berterusan fenomena ini dalam bulan Muharram, Safar, Rabiul Awal dan seterusnya, boleh tergigil orang Yahudi. Perang pertama umat Islam tercetus dalam bulan Ramadhan, Perang Badar(aku ingat fact ni sebab baru lepas ustaz cakap..:-P). Mungkinkah ini tanda-tanda umat Islam sudah bersedia untuk berperang..hehehe..Tak kesah la..Yang penting, kita penyibuk untuk menjadi sebahagian dari mereka.

Tiada lain yang aku harapkan melainkan kemeriahan dan keramaian jemaah di masjid-masjid berterusan menjelang pertengahan Ramadhan, berpanjangan sehingga penghujung Ramadhan dan berkekalan walaupun berakhirnya Ramadhan.

Why not kita yang jadi penyumbang keramaian tu kan?

Wallahualam.

p/s: catatan 1 Ramadhan panjang berjela. Pasni catatan-catatan lain makin lama makin pendek rasenye >.<

Wednesday, July 6, 2011

Kena tembak!Lariiiiii

Jom sapu pahala Syaaban! *tiba-tiba terjah. salam tak bagi*

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Nak bagi denda. Denda berupa....Sebut Lailahaillallah. Ulang lagi. Lailahaillallah. One more time. Lailahaillallah. Mudah-mudahan diterima Allah :)

Ok, ini habuan selepas awak didenda iaitu entry kali ni *gila tak menarik habuan.haha*
*mak saya marah selalu cakap gila.hehe..tukar2..sangat tak menarik habuan*


Ada satu peristiwa yg saya baca buatkan saya rasa touching(saya susah nak touching >.<. Batu kat Sg.Lembing pun lg lembut dari kepala saya). Dibaca dalam buku yang panjang gila tajuk dia. Guys, bersedia. “Siapakah Yang Lebih Baik Perkataannya Daripada Orang Yang Menyeru Kepada Allah?”
Ada lagi sambungan tajuknya,”Panduan Untuk Pendakwah Muda”. Panjang tak? Geleng tandanya ya. 


Beli buku ni bukan sebab saya ni ulat buku pun..sekadar serangga buku yang gigit-gigit kulit buku. Bukan sebab saya ni rajin membaca tapi beli sebab tajuk dia panjang sangat.haha.
Murah je. RM14 utk Semenanjung. Nk convert into dollar adalah dalam………..tak tau.Tapi Sabah Serawak MAHAL GILA. RM17.
(baca:org perasan pemurah berkira dan kedekut macam saya RM10 pun dia cakap mahal kan)
Semua skali ada 123 pages.(excluded kulit buku dan kata pengantar).
Nipis je kan?(tak kurang 3 minggu baca still tak habis-habis lagi.punyelah rajin.haha)


Wokeh, abis cite pasal buku. So, tadi kat mana kita? Eceh, konon-konon tak ingat.
Pasal touching.
Kisah baginda.
Siapa lagi kalau bukan kisah kekasih Allah ya Rasulallah sallallahu 'alaihi wasallam...Salam sejahtera ke atas baginda.

Rasanya korang sume dah tau kisah ni. Mesti siap ada yang tau version Turki, version Uganda, version New Castle. Tapi ni version pelukis kata. Boleh camtu? Sebelum ni saya dah tahu kisah ni. Masa sekolah dolu-dolu tu.Tapi sekadar tahu tanpa rasa. Jadi sekarang saya cuba untuk menambah rasa. *dah berapa entry asyik gune ayat camni :-P*


Dalam sebuah hadis Qudsi, diceritakan baginda menziarahi Abu Talib tatkala bapa saudaranya itu sdg mnghadapi sakaratul maut. Baginda bersabda ”Pakcik,ucapkanlah kalimah syahadat aku akan menjadi saksi terhadapmu di hadapan Allah kelak.”


Abu Jahal dan Abdullah bin Abu Umamah, dua tokoh yg turut ada skali di sisi Abu Talib. Diorang menyampuk,"Wahai Abu Talib,sanggupkah engkau meninggalkan agama Abdul Mutalib". Tak dilupakan kehadiran syaitan-syaitan yg membisik-bisikkan kejahatan. Mudah syaitan menghasut dua makhluk tu. Namun, Rasulullah tak berputus asa. Baginda terus mengulangi seruannya. Akhirnya Abu Talib mengucapkan kata-kata terakhirnya bahawa dia tetap dengan agama Abdul Mutalib.


Part ni yang touching. Rasulullah bersabda, “Demi Allah aku akan mohonkan keampunan daripada Allah untukmu”.
Namun Allah menurunkan wahyu melalui surah At-Taubah:113..


Sorry, sila rajinkan kaki untuk pergi amek terjemahan masing-masing. Siapa yang belum ada, diwajibkan beli..hehe. Atau sape-sape yang memang dah ada dalam kepala, boleh keluarkan kepala sekarang.


Back to the touching part. Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam still boleh ada rasa nak mendoakan bapa sedarenya. Seruannya ditolak bulat-bulat depan dua orang musuh plak tu.
Sifat macam ni yang berhektar-hektar berada jauh dalam diri kita saya. Sedangkan ajakan baru ditolak bujur-bujur. Dah mencaci maki dalam hati..Astaghfirullahazim.
Ni lah gayanya budak terlebih perasan matang tak matang.

Aritu saya dihentam oleh seorang hamba Allah. Secara live ok! Bertubi-tubi dan berubi-ubi. Umpama peluru berpandu sesat tak bertuan. Berdarah-darah satu badan.*tipu-tipu*. Mungkin bukan dihentam. Lebih manis jika disebut sebagai ditegur. Sakit tu memang ada rasa sikit. Siap kena blocked kat facebook der..haha. Bila dah rasa sakit, timbul geram secubit. hehe. Terbaca pulak kisah Rasulullah yang tadi tu..Alhamdulillah boleh dijadikan panduan. Sakit dan geram diusir sedikit demi sedikit. cecewah..Tapi saya boleh lagi tidur lena walaupun dah kena hentam.*lupa ke saya ni kepala keras.hoho*
Meh nak kongsi hentaman beliau..Sebelum tu, thanks to him/her kerana sudi menghentam menegur.


Hentaman musuh biasanya lebih jujur daripada pujian seorang kawan. Bisa pujian kawan lebih memedihkan dari bisa hentaman musuh. Kesimpulannya, saya suka dihentam *mata juling-juling* So, kawan-kawan lepas ni sila-silakanlah menghentam saya lagi..haha. Weh, jangan cari pasal tak memasal.
Before dat, sila-silalah rasa anda kena hentam skali. Sememangnya hentaman tu untuk korang pun. Bukan untuk saya chop. Boleh jadi tu adalah luahan hati yang dipendam beliau.


Antara kata-kata pedih tapi benar dari beliau pada saya korang melalui saya :


Orang alim memang suka menghentam ke ha?!! Kitorang nak tanya je. Bila tanya je kena hentam. Islam macam tu ke?! Ustazah kitorang kat sekolah dulu tak macam tu pun.
Pastu senang-senang cakap kitorang ni orang neraka.


Toing! Kena sebijik. Baru sebijik. Ada berbijik-bijik lagi.


Orang alim taknak kawan dengan saya sebab takut saya buatkan diorang masuk neraka sekali!


Suka-suka label aku ni orang neraka! Bagus sangat lah tu nak ugut orang. Ugut kitorang dengan neraka. Allah pun marah orang memburuk-burukkan orang!


Korang ni poyo la..*ni saya tambah.*

(pengubahsuaian ayat dilakukan serba sedikit bagi menjaga hati pihak-pihak terbabit)


Btw, saya bukan orang alim. So saya tak termasuk dalam teguran dia tadi.*cuba melarikan diri dari provokasi.haha*


Amacam? Best tak kena hentam?
-Sambil buat muka bahagia,"Bestnyeeeeee kena hentam..waahh.."-

Sekali-sekala best gak kena hentam. Bukan selalu. Puji-puji tu dah biasa sangat. Boring jugak kan..haha..Astaghfirullahala'zim..Saya melalut je ye.


Hmmm..betul ke apa yang dikatakan oleh beliau tadi? Sebab setakat ni, orang alim yang Allah pertemukan dengan saya, semuanye cool, baik-baik. So teguran tadi untuk korang yang alim-alim untuk refleks diri :-P. Saya ulang, saya tak alim. Jangan menghukum saya dengan mengatakan saya orang alim. Tumbuk kang. haha.


Mungkin ada benarnya kata-kata beliau. Kita terlalu cepat point salah orang. Bahasa famousnye cepat menghukum. Jom buat refleksi diri. ^_^. Ahli syurgakah aku, sampai boleh mengatakan dia ahli neraka?


Kaitan dengan sirah Rasulullah plak...Saya baru kena hentam tegur seciput dah rasa macam ok, I quit. I can't stand all these. Yang warak sikit kata, nak wat guane Allah dah takdirkan untuk aku join dakwah sekejap je sebab aku ni lemah sangat.


Eh, pondan tak macho la gini.*bercakap dengan diri sendiri*


Rasulullah berdakwah dengan darah...
Kita berdakwah sekadar duduk di rumah...
KitaKata kita penyambung risalah Rasulullah...
Mestilah gagah...
Pegangan tidak goyah...
Tatkala berhadapan dengan ummah...
Bermuhasabah tatkala ditohmah...

Wajiblah tabah...
Bukan menjadi lemah... 


Full lemak..cakap pandai sangat. Pastu bila kena batang hidung sendiri terketar-ketar. Serius, to be honest memang gua terketar beb! >.<..Siryes rasa nak demam lepas tu..haha.


Teruskan bacaan..Sikit je lagi ni..


Kawan-kawan, Allah dah pilih kita untuk zaman ini. Sememangnya KitaKata kita bukan Nabi. Tapi kita ada Nabi untuk diteladani. 


Apakah kita mengimpikan hidup umpama Firaun dilimpahi harta kekayaan dan kuasa namun dilaknat Allah sekeras-kerasnya?


Atau kita mengidamkan kehidupan payah dan pedih Rasulullah namun mendapat penghargaan sebagai kekasih Allah?


Allah menyediakan pilihan. Allah menyediakan ganjaran. Kita yang bakal menempuh kematian. Kita yang membuat keputusan.


Wallahu'alam


p/s: jangan lupa check surah at-Taubah ayat 113 okeyh :-D



Sunday, July 3, 2011

Semalaman bersama Kak Wardina Safiyyah(ececeh)

Bismillahir rahmaanir rahiimm...
Alhamdulillah selamat sampai ke Dataran Wisma TNB. Walaupun tak tau jalan nak ke sana sebab awalnye memang tak tau pun kat mane. Berbekalkan Allah dan Rasul sebagai kekuatan, redah je la dengan kereta empat roda tu. Peneman yang ikut pun boleh tahan tak mahir selok-belok jalan walaupun dah berbelas tahun duduk Kuantan. Rupa-rupanya kat bangunan TNB yang senang je jalan nak gi situ. kwang3.

Nak pergi taman syurga dunia, siapa tak semangat kan?

Okeh, "Nur Qaseh" title forum.
Moderator : Ustaz Badlishah Alauddin.
Speaker :
1. Ustaz Syed Norhisham
2. Kak Wardina Safiyyah (oceceh.berkakak-kakak plak die..)

Ustaz Syed yang cool
Transformer...Alhamdulillah :)
Apa yang bakal ditaip adalah apa yang dicatat. Apa yang dicatat adalah apa yang didengar. Apa yang didengar adalah apa yang dikatakan oleh tiga makhluk pintar itu. Bukan dari saya. Dan apa yang ditaip ini adalah kata-kata mereka tapi ditulis dalam versi saya. Ok, clear.

Macam panjang. Jadi betulkan apa-apa yang patut. Nak sediakan kopi secawan amat disyorkan. Bak sini sket.
Terima kasih sudi meluang masa, meluah rasa.

Ustaz Badlishah memulakan dengan....
CINTA? In English we call it as LOVE.
In Hindustan, PIAR inspektor sahab.
Bahasa Cina, AI.
Bahasa Arab, حب.

Ok, masuk Round One.
Soalan : Apabila disebut tentang Nur Qaseh, apa yang tergambar?

Ustaz Syed Norhisham.
Sekarang bila sebut love, ramai yang membayangkan Hollywood Bollywood. Seolah-olah love kita berkiblatkan itu. Sedangkan Allah mengutuskan Nabi Muhammad untuk membawa rahmat ke seluruh alam.

“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.” (Al-Anbiya’ : 107)


Rahmat dan kasih sayang yang Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam bawa bukan je pada orang dekat-dekat kite bahkan pada musuh. Nabi pesan nak bunuh musuh di medan perang, bunuh dengan baik*ustaz ada sebut dalam arabnye tapi tak tau yg mana. xD* Nak bunuh musuh pun dengan cara yang paling cepat mematikan. Dengan musuh pun Islam bagi rahmat, maka camne dengan ibu yang mengandungkan kita 9 bulan, ayah yang bertungkus-lumus mencari nafkah, anak kecil yang tidak mengenal apa-apa ditambah dengan kecomelan yang tak berbelah bagi.. This is Islam man. Penuh kasih sayang. *saya tambah* 

Tengok cara sembelih yang Islam ajar. Tak seksa. Apabila terputus dua urat marii'(camni ke eja?) Darah tak sempat disalurkan ke otak. Makanya otak tak berfungsi. So otak tak boleh interprete rasa sakit. Cara menyembelih pun penuh dengan kasih sayang kerana Islam meraikan sifat kelembuan lembu tu..hoho.

Ustaz sebut, hadis riwayat Bukhari "Barangsiapa yang tak mengasihi dia takkan dikasihi".
Allah hadiahkan kita rasa kasih-mengasihi kerana ini yang membawa satisfaction dalam hidup. Setuju? Tak setuju, main jauh-jauh.

Kasih sayang jugak yang membawa pada rahmat Allah.

Hati yang tenang membawa ketenangan. Ketenangan membawa kebahagiaan.  Inilah Nur Kasih dari Allah. Kebahagiaan yang hakiki.
Cinta yang dibina bukan atas dasar Allah, takkan merasai satisfaction.
Kasih pada ibu bapa atas dasar cinta kepada Allah. Inilah Nur Kasih.

Anak-anak ada fikir, adakah aku cukup menghargai parents aku?

Ustaz cerite satu kisah tentang Imam Asmai'(betulkan if salah), Imam Asmai' ingin mencari manusia yang paling derhaka. So imam pusing satu kampung. Beliau terserempak dgn anak muda yg disebelahnya ada seorang tua yang tgh amek air dari telaga. Setiap kali pakcik tua tu lambat, akan dipukul oleh anak muda tu. Pakcik tua tu ayah anak muda tu kot! Pastu imam tanye nape wat camtu. Anak muda tu jawab, itu apa yang ayah saya buat kat ayah ayah saya (ayah dia buat kat atuk dia la maknenye). Itu jugak apa yang ayah ayah saya buat kat ayah ayah ayah saya (atuk dia buat kat moyang dia).


Moral of the story, What u give is what u get. Ke mana tumpahnye kuah kalau bukan dalam pinggan. So pengajaran untuk kita yang bakal bergelar bapa dan ibu nie (cecewah), didiklah anak dengan didikan yang memenuhi alur-alur ketuhanan. Peribadi bakal anak-anak kita menjadi cerminan peribadi kita sendiri. Kalau sekarang awak malas masak, anak awak lagi pemalas dari awak (cakap kat diri sendiri ke hape?haha)...


Bila kita teruk, anak kita jadi beruk. eheh silap. Bila kita teruk, anak kita jadi lebih lebih teruk. Bila kita elok, anak kita jadi lebih lebih baik dari kita yang elok. InsyaAllah... 
(ada gaya pakar penasihat kekeluargaan Islam tak? biar saya jawab, TAKDE LANGSUNG )


Pastu ustaz ajar doa untuk memperoleh kasih. Surah al-Furqan ayat 74.
Bismillahir rahmanir raahimm...
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami pemimpin orang yang bertakwa". Amiiinnn.

Apa yang dimaksudkan dgn kalimah Qurrata A'yun (penyenang hati)?
Ustaz bagi contoh, seorang suri rumah yg kena jaga anak dua belas kat umah, bila tengok wajah husband pulang kerja, hilang semua kepenatan..Penat mengejar anak  yang ramai, sorang dalam washing machine, sorang dalam peti ais, sorang dalam toilet boleh hilang dan hati jadi sejuk tgk wajah husband.(eyt! ni untuk contoh org dah kawen.jangan perasan!)

Inilah Nur Kasih yang dibina atas dasar kasih sayang kepada Allah.

Next, Ustaz Badlishah.

Allah kurniakan kita satu hati. Dalam hati ada berjuta rasa. Tiada orang yang boleh menolak rasa cinta. Kerana itu fitrah kejadian manusia. Allah bagi manusia rasa cinta. Makanya, Allah ajar cara mengurus cinta. Bukan cinta membabi buta.

Pastu ustaz cite pengalaman ustaz. Kisah The Power Of Love. Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) ada kumpul manusia trans gender.(bahasa urbannya, maknyah). Golongan trans gender tu kata, ni first time diorang jumpa ustaz2 yang baik mendekati. Sebelum ni semua cakap kitorang AHLI NERAKA! Kami nak jadi baik tapi takde orang jadi petunjuk ke arah kebaikan tu. 


Apa sket ahli neraka.=.=''.Macamlah orang yang kata tu baik sangat sampai boleh chop orang lain ahli neraka. Inilah namenye hakim tanpa mahkamah. Mahu jadi sebahagian hakim-hakim tu? Jika mahu, sumbangan anda sememangnya tak diperlukan. Islam hanya memerlukan hakim yang penuh dengan kasih sayang macam yang dilakukan para ustaz tu.

Sambung cite ustaz, JAIP bawak diorang pegi solat Jumaat. Yang paling best, ada yang pakai tudung gi masjid. Ustaz kata nak tergelak pun ada. Tapi idokla gelak depan diorang. Kecik ati mak. Haa kesian kat diorang kan. Diorang buat dosa tatkala jahil, kita buat dosa dalam kita memahami agama, bukankah kita lebih hina?

Dengan sentuhan Nur Kasih tu, alhamdulillah ada yang mintak tolong ustaz ke arah perubahan. They don't know what you care until you care what they don't know.

Then, soalan yang sama ditujukan pada Kak Wardina(ececeh).

Cukuplah dengan melihat pada kalimah Bismillahir rahmaanir rahiimm..Tahukah anda, rahim ibu, diambil dari sifat Allah, Ar-Rahim (Maha Penyayang). Kehidupan seorang baby dimulai dalam rahim ibu. Cukup membuktikan betapa manusia itu memang dilahirkan dengan penuh kasih sayang.

Pastu Kak Wardina cite experience camne beliau melalui perubahan. Err time ni syok sgt mendengar. Jadi tak tau camne nak recerita.(mesti excited nak baca part ni sebenarnye kan? sorry la ye. sape suruh tak datang. ngeh3)

Sambung. Hamba-hamba yang tak solat, tak pose, tak tutup aurat, semua tu golongan yang sedang menzalimi diri sendiri. Tapi tak boleh nak salahkan mereka sepenuhnya. Macam  saya ( Kak Wardina) sendiri, masa dulu ibu saya selalu suruh saya pakai tudung, pergi solat. Tapi saya tak nak buat. Sebab saya tak tau KENAPA kena buat semua tu. Plus, saya tak tau rasa cinta. Tapi bila ibunya menggunakan pendekatan berbeza, pendekatan kasih sayang, itu membuatkan saya berfikir. Contoh yang ibunya buat, doakan depan-depan beliau dan tak paksa untuk suruh buat. p/s : Aritu Kak Wardina pakai tudung labuh. Whoa! Doakan beliau istiqamah.


Luahan dari hati beliau sendiri, bila ada kawan-kawan kita yang nak mendekatkan diri pada Allah dan nak mula berubah, tolonglah jangan jatuhkan semangat. Tolonglah jangan sebarkan aib mereka. Ni melalui pengalaman beliau sendiri. Kawan-kawan sendiri tak support. Tapi dalam masa yang sama, Allah pertemukan beliau dengan orang baik-baik. Makin lama makin ramai Allah pertemukan.

Orang yang takde melalui zaman gelap, tolonglah jangan menghukum. Allah boleh cabut iman seseorang anytime. Excuse me, Allah takde bagi thermometer untuk ukur degree iman seseorang ok. p/s : sgt tertarik dgn penyampaiannya yang sempoi kerana beliau berkongsi rasa bukan ilmu semata ^.^ . Pesan beliau, sematkan dalam hati, I want Allah to love me. Caranya melalui cinta pada diri sendiri. Hentikan penzaliman diri.

Ok, sampai sini dulu kot. Kita hadam sikit-sikit dulu. Tapi sebelum tu, jom sama-sama amek iktibar dari pantun berkerat-kerat ustaz Badlishah.

Apabila jauh berutus surat,
Dekat mula berjabat,
Bertemu duduk erat-erat,
Hilang malu pada Allah dan malaikat,
Akhirnya perut menjadi bulat,
Lahir anak tak cukup sipat.

Pastu mulalah menanggung malu. Ini semua salah lu. haha. Dah mula nak melalut. Cukup setakat ini dahulu.

Mungkin apa yang dibaca atau apa yang didengar adalah sesuatu yang klisye. Tapi apa yang dapat saya rasakan, kehadiran ke sana bukan untuk menambah ilmu sahaja, tapi cuba untuk lebih menambah rasa.


Wallahu'alam.

Tuesday, June 28, 2011

Sunday, June 26, 2011

Perkampungan siswa siswi :)

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...

Infinity kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi...Sekali lagi Allah pilih. Setelah lima hari berkampung di bandar, kehidupan kembali seperti biasa. Wuit! Takkan kehidupan seperti biasa? Kalau camtu ape yang membezakan kau dengan orang-orang biasa kat luar? Kata nak jadi orang asing...Takkan bangun lambat lagi lepas ditarbiyyah? Takkan tidur lagi lepas Subuh? Pergh..mengaku ditarbiyyah la budak ni...



Saya semakin hanyut bersahabat dengan para sahabat yang menjadikan Allah sebagai kekasih. Kalau boleh saya ingin terus hanyut bersama mereka. Semakin seronok berkenalan dengan para sahabat yang sentiasa menjadikan Al-Quran sebagai teman untuk berkepit. Syok weh! Rasa macam...erm erm erm..aiskrim blueberry pun kalah...nak try rasa? Try berkawan dengan mereka. heeee.. Tapi jangan masukkan diorang dalam fridge sebab diorang tak cair macam aiskrim blueberry. 


Setelah lama bercuti dan bersabar dengan cuti yang macam panjang ni, bila tau ada program yang disaji, akanku kaut dengan lahapnya. Lama sangat berehat sampai momentum pun jadi lemah. 


Ada seorang pakcik tu pesan, sebagai pemuda Islam yang cintakan Islam, awak tak boleh biarkan sedetik masa berlalu tanpa memikirkan soal Islam. Saya ni bukan setakat sedetik, berjam-jam masa berlalu tanpa ada manfaat. Jazakallah pakcik atas tembakan itu. Memang kena tepat pada sasaran...


Lagi kata-kata dari pakcik. Panjang sebenarnye tapi saya nak share sikit je dulu.(kedekut siot budak ni)


Pakcik Kata, 
Bangkit bukan perkara mudah setelah sekian lama tertidur...
Untuk apa antum korbankan hari Ahad ni sedang remaja lain masih lagi tertidur dibuai mimpi? Untuk apa?
Untuk Allah...
Ingatlah adik-adik, kepenatan kita Allah akan balas. Masa yang adik-adik luangkan di sini Allah akan balas. Kelelahan yang adik-adik rasai Allah akan balas dengan sesuatu yang indah. Amat indah.
Kita di sini untuk menegakkan agama Allah. Penyambung wadah perjuangan Rasulullah. Kita mesti bersemangat sebagaimana Abu Bakr as-Siddiq.
Islam pasti menang. Itu janji Allah. But the question is, are we going to be part of the winning team? OR are we not going to be part of the winning team?
Life cannot be vacuum. If not, others will filling it. 

Dan pakcik itu adalah seorang Pengarah Kanan Suruhanjaya Multimedia di Cyberjaya. Tak semestinya ustaz je kan boleh bercakap tentang Allah? Itu pemikiran lapuk. 


Sesiapa yang mengaku berucap kalimah LailahaillAllah MuhammadurRasulullah, ingatlah kita telah sign kontrak dengan Allah. Ingatlah kita telah mengikat janji dengan Allah. Janji dan kontrak untuk memastikan tertegaknya Islam di bumi berkubahkan langit ini.


p/s : Bukan sekadar menambah ilmu, tapi menambah rasa.


Wallahu`alam...

Tuesday, June 14, 2011

Tribute to the first follower of this blog..

Semoga apa yang akanku lakukan ini semata-mata kerana Mu Ya Allah...
Bismillahirrahmanirrahim...


Sempena BURSTday the first follower of this blog. Tu blog beliau. Apabila rasa nak buang masa banyak-banyak, hah, kat situ memang sesuai. Tiada keraguan. Kata-kata dalam blog tu sangat tak berfaedah. Sangat kanak-kanak. Sangat tak best. Tapi saya tetap syorkan korang baca. Eh, korang WAJIB baca tau.


*Sebelum ni aku ada cakap nak tolong promote blog kau tapi sampai sekarang aku tak tunaikan. Sampai dah bertimbun-timbun follower nampak. haha. Mungkin kau tak ingat pun bile aku cakap..Tapi janji tetap janji. Seram plak nanti kau datang tuntut kat kubur. So entry ni sebab terpaksa. .Aku buat tanpa rela. haha.
(terharu tak? cakap je la terharu..haha)


Ok. Dah tu je.


Alang-alang cakap pasal birthday ni kan...
Each time bila birthday kita, siapa yang call siapa?
Parents kita yang call kita untuk wish happy birthday ATAU kita yang call parents kita untuk cakap thank you? Siapa yang belikan kek untuk siapa? Parents kita yang belikan untuk kita ATAU kita yang beli kek untuk parents kita masa birthday kita?

Pendapat saya, antara hari yang sesuai untuk kita appreciate dua orang tersayang ini adalah masa birthday kita. Saya pernah belikan kek untuk mereka pada hari jadi saya tapi bukan tahun ni. Adeh... Memang pelik. Mak ayah saya pun pelik apa kejadah budak ni beli kek sendiri masa hari jadi sendiri. Memang janggal. Memang alien. Memang tak masuk akal. Memang orang kedai kek pun pelik. Memang orang keliling pandang senget.


Apa kes beli kek masa hari jadi sendiri?
Beli kek sendiri masa hari jadi sendiri?
Dah takde orang yang sudi belikan ke?
Terpulanglah orang nak fikir apa pun.


Mereka yang berhempas pulas nak melahirkan kita.. Berusaha bersungguh-sungguh sejak malam pertama. haha. Tapi kita pulak yang tertunggu-tunggu mereka ucapkan Selamat Hari Jadi Anakku. Bukankah sepatutnya kita sebagai anak yang patut cakap Terima Kasih Mummy Daddy sebab Melahirkanku di hari Jadiku.
*Ayat ni cam jiwang sangat. Saya pun segan nak cakap direct camtu. ahaks. Pandai-pandailah susun ayat sendiri yang bunyi cam tak jiwang sangat*


Di hari jadi kita, sebagai anak, raikanlah ibu bapa kita yang melahirkan. Kita ni sebagai yang dilahirkan tak rasa sakit apa pun masa dikeluarkan tu. Diorang yang menanggung sakit tu kan..(err diorang? ada je ayah yang pitam masa mak dia tengah meneran. silap-silap ayah korang sendiri..hehe.kidding kidding) 


Nanti masa birthday kalian cakap kat parents, pelukis katakita kitakata kirimkan  ucapan tahniah di atas kesuccessan kalian melahirkan anak masing-masing dengan jayanya! hehe.


Oh ya, korang tau ke tak tarikh lahir korang dalam bulan Islam? Rasulullah sallallahu a'laihi wasallam wafat ketika tarikh lahir baginda. Jom kita check bila kita lahir dalam bulan Islam. Picit kat sini.
p/s: Saya anak raya..nanti 10 Syawal 1432 menjelang jangan lupa wish..haha
p/s/s : Jangan lupa baca the first follower of this blog punye blog yang ntah papenye lebih dahsyat dari saya punye ntah pape. ahaks.


Alhamdulillah...Thank you Allah because You are choosing us to receive the blessings of Islam remains as to each new day. Give thanks to Allah for the moon and the stars on our Birthday..teheeee~