Dunia terasa indah...haha.
Alhamdulillah.
Sweet memory itu. Apabila jumlah kutipan sumbangan diumumkan oleh Timbalan Rektor HEP, kedengaran laungan takbir dari penonton. Pergh tak sangka aku suasana dewan jadi camtu. Confirm kerja budak-budak Aqsa Syarif ni. Moga-moga jadi contoh pada budak Uitm? ngehehe.
Sepanjang seminggu berkempen tabung. Budak-budak tabung, terima kasih. Budak-budak pembaca doa qunut nazilah, terima kasih. Budak-budak gimik, terima kasih. Budak-budak flashmob, terima kasih. Korang gempak giler! Maaf. Aku memang tak pandai berterima kasih pada orang.
Aku tahu ada pihak yang aku tak ucap terima kasih kat sini. Rasa macam nak sumbat botol kicap dalam mulut saya? Ohok, buat kerja kerana apa? Patutnya tak rasa apa-apa la kan kalau manusia tak notice perbuatan kita? Toing! Semak niat.
Aqsa Syarif Siswa..hehe. Dari mereka, aku belajar ^^ |
Tibalah malam yang mendebarkan...........
Dr. Hafidzah,"Shakiera,how was it? Macam mana semua? ok ke?"
"Umi, saya takottttt"
"Nak dekat dah..Sikit je lagi. Tawakkal pada Allah. Letakkan pergantungan sepenuhnya pada Allah"
Sungguh...Dr ini amat menyejukkan hati.
Dr. Othman, satu susuk yang lemah lembut. Aku dapat rasakan kebersihan hatinya. Dr, terima kasih (macam la die baca~) Stylo Dr ni. Pengerusi Aqsa Syarif Kelantan tapi cool je kawal laptop untuk persembahan flashmob. Macam ni la kawan-kawan kite kena ikot. Tak kiira pangkat tinggi rendah,cool je beliau jadi technician malam tu. Tabik Dr.! Naik segan aku dibuatnye~ Beliaulah jugak person in charge untuk peserta. Semuanyalah. Malu dengan Dr. Baik sgt =.= Bekerja kerana Allah. Mana kisah pangkat semua tu. Kan?
"Cukup ke kerusi atas stage tu? Kalau tak cukup, takpelah,saya duduk bawah je"
Mak aihhh..Dr. ni memang! Humble sungguh! Cukup-cukuplah memalukan saya.
Dr. Hafidzi, Pengerusi Aqsa Syarif Berhad. lagi satu susuk mulia. Di pandangan aku.
Dijemput kurang dari dua minggu, lepak beliau terima pelawaan kami.
Perbualan dalam kereta. Saya ulang, dalam kereta. haha.
"Apa nama program malam ni?"
"Harapan Untuk Palestin @ Hope For Palestine. Saya ada emelkan pada Dr. tentatif,sasaran,cadangan pengisian. Tak dapat ea?"
"Harapan Untuk Menang" sambung Dr.
Memang Dr tak dapat emel itu. Maksudnya, Dr. sudi terima pelawaan kami lepak camtu sekali? Allah....
"Pengisian yang macam mana yang kamu nak?"
"Semua sekali Dr." rakus tak? haha.
Tergelak Dr. tu. "Kalau nak semua, kena pergi Palestin sendiri la mana cukup dua jam."
heks.
Hee~ Uitm KB tiada dewan untuk buat program. Terima kasih Gelanggang Seni sudi menaja ^_^ |
Orang-orang di Palestin sedang berjuang untuk memastikan keamanan untuk kita. Mereka, Allah tetapkan sebagai barisan hadapan untuk memperjuangkan Islam dan keamanan kita. Allahuakbar!
"You all boleh plan untuk buat seminar tentang kefahaman isu Palestin. Boleh jemput sekali duta Aqsa Syarif.."
Afdlin? ehem. tak perlu gusar dengan sambutan student. Budak Uitm bab2 artis memang bukan nombor dua! haha.
Doakan ini menjadi kenyataan. Terima kasih.